DUNIA > BERITA

GEMPA BUMI BERMAGNITUD 6.2 LANDA SELATAN FILIPINA

17/10/2025 10:57 AM

MANILA, 17 Okt (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada pagi Jumaat, lapor Xinhua memetik Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina.

Menurut institut itu, gempa bumi yang berlaku pada 7.03 pagi waktu tempatan (2303 GMT) itu berpusat pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 13 km tenggara dari kawasan perbandaran General Luna.

Institut itu berkata gempa bumi tektonik berkenaan dijangka mencetuskan gegaran susulan dan boleh menyebabkan kerosakan besar.

Gegaran turut dirasai di wilayah berjiran di Mindanao dan tengah Filipina. Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.

-- BERNAMA-XINHUA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan