BEIJING, 17 Okt (Bernama-CMG)-- Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) sempena ulang tahun ke-80, pada Khamis.
Xi dalam surat tahniahnya berkata FAO memainkan peranan signifikan dalam usaha menjamin keselamatan makanan dunia, memajukan pembangunan luar bandar dan transformasi sistem makanan, serta meningkatkan taraf hidup rakyat di pelbagai negara.
Beliau turut menekankan bahawa kerajaan China amat mengutamakan keterjaminan makanan, memberikan jaminan makanan kepada lebih 1.4 bilion rakyat bersandarkan keupayaan kendiri, di samping menghulurkan bantuan semampu boleh kepada negara-negara lain, menyumbangkan kekuatan China dalam menjamin keselamatan makanan dunia.
Menurut Xi, pihak China akan terus menyokong FAO untuk memainkan peranan penting dalam bidang pertanian dan makanan di peringkat global, bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, mendorong Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, menurut Xi, China akan memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, demi memberikan sumbangan lebih besar kepada peningkatan kesejahteraan rakyat di pelbagai negara," kata beliau.
FAO ditubuhkan pada 16 Oktober 1945, dan China merupakan satu daripada negara pengasas pertubuhan itu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial