PARIS, 23 Okt (Bernama-dpa) -- Pengarah Muzium Louvre, Laurence des Cars mengesahkan pada Rabu bahawa beliau mengemukakan peletakan jawatan susulan insiden rompakan yang berlaku di muzium terkenal itu di Paris, lapor agensi berita Jerman dpa.
Namun, perletakan jawatan itu ditolak oleh Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati kata des Cars ketika memberi keterangan di Senat Perancis berhubung kejadian.
Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat selepas menilai kesan daripada insiden terbabit dalam perbincangan bersama Dati dan Menteri Dalam Negeri Laurent Nuñez pada Ahad lalu.
Pengarah muzium terbesar di dunia itu turut menegaskan bahawa sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah menganggap seseorang memiliki kedudukannya secara mutlak.
“Itulah prinsip kehidupan profesional yang saya berpegang teguh untuk patuhi,” katanya.
Kenyataan itu dibuat tiga hari selepas kejadian rompakan di Muzium Louvre, ketika permata dianggarkan bernilai €88 juta (US$102 juta) dilaporkan dicuri.
Pihak berkuasa kini giat mengesan pelaku serta barang kemas yang hilang.
Muzium itu dibuka semula pada Rabu pagi selepas ditutup sepenuhnya berikutan kejadian itu.
Bagaimanapun, Galeri Apollo yang menjadi lokasi rompakan masih ditutup buat sementara waktu, lapor stesen penyiaran France Info.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial