DUNIA > BERITA

CHINA KOMITED AMBIL INISIATIF PERLUAS KETERBUKAANNYA

24/10/2025 04:23 PM

BEIJING, 24 Okt (Bernama-CMG ) -- China komited mengambil inisiatif untuk memperluas keterbukaan negara itu sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030).

Perkara itu digariskan dalam Cadangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengenai Penyusunan FYP ke-15 bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial, yang diluluskan pada sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC.

Menteri Perdagangan Wang Wentao dalam sidang media pada Jumaat berkata dasar keterbukaan yang dilaksanakan China adalah bersandarkan keperluan sendiri dan juga aspirasi dunia.

Wang berkata usaha akan dilakukan bagi menyelaraskan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi, di samping memperluas akses dan keterbukaan pasaran terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

China juga akan menggerakkan pencapaian perjanjian perdagangan dan pelaburan di peringkat serantau dan bilateral bagi memperluas “lingkungan sahabat” dalam bidang berkenaan.

Beliau turut menekankan keperluan untuk mengoptimumkan kelebihan pasaran China sehingga menjadikannya medan pengaplikasian hasil inovasi global, sekali gus menjana lebih banyak peluang kepada dunia.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan