DUNIA > BERITA

GEMPA BUMI BERMAGNITUD 6.4 LANDA BERHAMPIRAN KEPULAUAN TANIMBAR, TIADA AMARAN TSUNAMI

29/10/2025 11:01 AM

JAKARTA, 29 Okt (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda kawasan berhampiran Kepulauan Tanimbar di wilayah Maluku pada Selasa malam, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, lapor Xinhua.

Gempa bumi itu berlaku pada 9.40 malam waktu tempatan dengan pusat gempa terletak kira-kira 183 kilometer (km) ke barat laut Kepulauan Tanimbar pada kedalaman 185 km, menurut BMKG di laman sesawangnya, yang mengesahkan bahawa gempa itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Gegaran turut dirasai penduduk, khususnya di Saumlaki dalam daerah pentadbiran Kepulauan Tanimbar.

Namun, tiada laporan kerosakan bangunan atau rumah, kata Ketua Unit Kecemasan di Agensi Pengurusan Bencana daerah itu, Michael Steven Narantery, kepada Xinhua melalui telefon.

Beliau menambah bahawa gegaran itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan