DUNIA > BERITA

DIALOG GLOBAL “INOVASI, KETERBUKAAN DAN KONGSI PEMBANGUNAN” BERLANGSUNG DI DENMARK

31/10/2025 04:47 PM

COPENHAGEN, 31 Okt (Bernama-CMG) -- Pembangunan China tidak terlepas daripada  pembangunan dunia, manakala kemakmuran dunia juga memerlukan sumbangan China.

Kini, China  konsisten dalam melaksanakan dasar “pintu terbuka”, dan berkongsi hasil pembangunan dan inovasi dengan pelbagai negara di sebalik situasi global yang berdepan perubahan yang kompleks.

Demikian dinyatakan Shen Haixiong, Presiden Kumpulan Media China (CMG) ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam Dialog Global "Inovasi, Keterbukaan, Kongsi Pembangunan" anjuran CMG di sini pada Rabu.

Pendekatan ini dipercayai boleh membawa keyakinan dan kekuatan baharu kepada dunia yang penuh ketidaktentuan, kata Shen.

Menurut Pengerusi Persatuan Komersial Denmark-China, Behrens-Sorensen, Rancangan Lima Tahun China bukan sahaja menjadi tonggak kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan dan tadbir urus yang stabil di negara itu dalam jangka masa yang panjang, tetapi juga boleh dijadikan rujukan bagi negara lain dalam mencari acuan pembangunan yang serasi dengan ekosistem di negara masing-masing.

China sememang konsisten dalam mengamalkan konsep kerjasama demi situasi menang-menang, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia yang terbuka, dan bertindak memudahkan kerjasama perdagangan dengan pelbagai negara dengan memanfaatkan pembangunan berkualiti tinggi di dalam negaranya.

Beliau menanti-nantikan sektor korporat kedua-dua negara meningkatkan keserasian ketika memacu kerjasama dalam bidang yang substantif supaya dapat bersama mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan Denmark- China berkembang ke tahap lebih tinggi. 

– BERNAMA - CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan