SHANGHAI, 10 Nov (Bernama-CMG) -- Georgia komited memainkan peranan penting dalam kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kata Perdana Menteri Georgia Irakli Kobakhidze.
Kobakhidze berkata Georgia mempunyai kedudukan geografi strategik dan merupakan jambatan yang menghubungkan dunia Timur dan Barat dalam sejarah.
"Justeru, penyertaan kami dalam kerjasama BRI mempunyai prospek yang luas dan kami berharap dapat memulihkan kedudukan sendiri sebagai hab pengangkutan.
"Untuk itu, kami giat melabur dalam pembinaan infrastruktur termasuk menambah baik sistem jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan landasan kereta api agar Georgia dapat menjadi hab penting yang menghubungkan pelbagai rantau di dunia," katanya dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Menurut Kobakhidze, BRI juga berkait rapat dengan Inisiatif Koridor Tengah yang diusahakan Georgia.
Beliau berpendapat Inisiatif Koridor Tengah mampu memainkan peranan penting dalam memperkasa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara-negara terlibat, khususnya merapatkan hubungan antara China dengan negara Asia Tengah.
"Ia mencipta laluan pembangunan yang amat berpotensi untuk hubungan ekonomi dan kerjasama perdagangan.
"Oleh itu, kami amat menitikberatkan dan giat membina Koridor Tengah, khususnya koridor rentas Laut Capsian," kata beliau.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial