BEIJING, 13 Nov (Bernama-CMG) -- Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan mengiringi Ratu Letizia yang bersama Raja Sepanyol, Raja Felipe VI dalam lawatan rasmi ke China, melawat Pusat Demonstrasi Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Beijing pada Rabu.
Di pusat berkenaan, Peng dan Ratu Letizia diberi taklimat mengenai pelbagai skim perkhidmatan yang disediakan untuk golongan OKU sebelum meninjau pameran bertema Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022.
Kedua-dua tokoh itu turut diperkenalkan kepada pengaplikasian produk bantuan OKU, program membaca untuk kanak-kanak kelainan upaya serta pelbagai kemudahan mesra OKU.
Peng dan Ratu Letizia juga beramah mesra dengan peserta program latihan pastri, kraf tangan dan seni lukis, selain melawat kanak-kanak OKU yang menjalani sesi pemulihan.
Peng berkata usaha memperkasa golongan OKU memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak bagi memastikan mereka dapat menyertai aktiviti sosial dengan lebih baik.
Beliau juga berkata bahawa China dan Sepanyol boleh terus memperkukuh pertukaran serta kerjasama dalam bidang berkaitan bagi membantu golongan OKU merealisasikan impian mereka.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial