DUNIA > BERITA

TRUMP DAKWA PENENTANG TARIF AS "MENGIKUTI KEPENTINGAN ASING YANG MEMUSUHI"

24/11/2025 05:14 PM

MOSCOW, 24 Nov (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin mendakwa bahawa pihak yang menentang tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap barangan asing sebenarnya “mengikut kepentingan asing yang memusuhi” dan bertentangan dengan dasar AS.

“Kita sudah pun menjadi negara paling ‘panas’ di dunia, tetapi KUASA tarif ini akan membawa keselamatan negara dan kekayaan kepada Amerika pada tahap yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Mereka yang menentang kita sedang mengikuti kepentingan asing yang memusuhi dan tidak selari dengan kejayaan, keselamatan dan kemakmuran AS.

Mereka langsung tidak peduli tentang kita,” tulis Trump di Truth Social, sambil menambah bahawa beliau menantikan keputusan Mahkamah Agung mengenai kesahan mengenakan tarif ke atas barangan asing.

Pada akhir Ogos, sebuah mahkamah rayuan AS memutuskan bahawa Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 (IEEPA) tidak memberi kuasa kepada presiden untuk mengenakan duti import.

Mahkamah Agung kini akan memutuskan sama ada Trump mempunyai hak undang-undang untuk menetapkan  dasar tarif kepada undang-undang itu, yang memberi kesan kepada beberapa negeri.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan