WARSAW, 24 Nov (Bernama-dpa) -- Pihak berkuasa Poland mengenal pasti dan menahan suspek ketiga serangan bom terhadap landasan kereta api di negara itu awal bulan ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Warga Ukraine itu didakwa membantu dua suspek utama yang masih bebas, dalam melakukan persiapan serangan itu, kata jurucakap pejabat pendakwa raya pada Isnin.
Penyiasat percaya dia membawa rakan senegaranya ke landasan kereta api berkenaan pada September, membiasakan mereka kepada kawasan itu dan menunjukkan lokasi untuk meletakkan bahan letupan.
Landasan itu musnah pada pertengahan November akibat letupan di laluan kereta api strategik dari Warsaw ke Lublin. Tiada kecederaan dilaporkan kerana pemandu kereta api menyedari kerosakan dan melaporkannya. Kerja pemeriksaan seterusnya menemui kerosakan lain pada laluan sama.
Penyiasat mengesyaki dua warga Ukraine berusia 39 dan 41 tahun sebagai individu yang melakukan sabotaj. Selepas serangan, mereka dipercayai melarikan diri merentasi sempadan ke Belarus.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial