BEIJING, 26 Nov (Bernama-CMG) -- Forum Perniagaan Tenaga China-Rusia ke-7 berlangsung di sini, pada Selasa.
Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang telah menghadiri majlis perasmian forum berkenaan, membacakan surat tahniah daripada Presiden Xi Jinping.
Ketika berucap, Ding mengemukakan tiga cadangan untuk meningkatkan kerjasama tenaga antara China dan Rusia.
Ini merangkumi usaha meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam seluruh rantaian perindustrian, memastikan penyaluran tenaga rentas sempadan secara selamat dan stabil, serta perdagangan tenaga berjalan lancar.
Cadangan itu juga termasuk meningkatkan kerjasama pembangunan transformasi tenaga, secara proaktif meluaskan senario penggunaan, dan meneroka potensi kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
Selain itu, kedua-dua negara perlu memperkukuh kerjasama pelbagai hala dan bersama-sama mendorong pelaksanaan Inisiatif Tadbir Urus Global dalam industri tenaga serta menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian ke dalam pasaran tenaga global.
Kira-kira 400 wakil jabatan kerajaan, agensi dan syarikat dari China dan Rusia menghadiri majlis perasmian itu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial