DUNIA > BERITA

CHANGCHUN TUAN RUMAH SUKAN UNIVERSITI MUSIM SEJUK DUNIA KE-33

27/11/2025 01:47 PM

CHANGCHUN, 27 Nov (Bernama-CMG) -- Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU) mengumumkan bahawa Changchun, ibu kota wilayah Jilin di timur laut China dipilih menjadi tuan rumah Sukan Universiti Musim Sejuk Dunia ke-33 pada 2027.

Keputusan itu diumumkan Presiden FISU, Leonz Eder dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap FISU pada Rabu.

Sukan Universiti Musim Sejuk Dunia FISU yang diadakan dua tahun sekali, mengetengahkan misi untuk mempromosikan sukan dan budaya universiti di peringkat antarabangsa dan merupakan temasya sukan komprehensif musim sejuk terbesar di dunia untuk para pelajar universiti.

Sukan Universiti Musim Sejuk Dunia ke-33 akan berlangsung pada 15 hingga 25 Jan 2027.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan