DUNIA > BERITA

PAUS LEO XIV BERLEPAS KE TURKİYE UNTUK LAWATAN LUAR NEGARA PERTAMA

27/11/2025 06:35 PM

ROM, 27 Nov (Bernama-Anadolu) -- Paus Leo XIV meninggalkan Rom pada pagi Khamis menuju ke Turkiye untuk lawatan rasmi pertamanya ke luar negara atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan, lapor Anadolu Ajansi.

Sepanjang lawatan empat hari itu, beliau dijadual bertemu pegawai kanan Türkiye, melawat Ankara, Istanbul dan Iznik, selain menziarahi beberapa lokasi keagamaan penting.

Beliau menaiki pesawat khas ITA Airways yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo Da Vinci (Fiumicino) pada 7.40 pagi waktu tempatan.

Paus diiringi pegawai kanan Vatican termasuk Kardinal Pietro Parolin, Ketua Biskop Paul Richard Gallagher, bersama delegasi lebih 70 wartawan yang membuat liputan perjalanan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan