BANGKOK, 28 Nov (Bernama-Xinhua) -- Angka korban akibat banjir buruk di selatan Thailand meningkat kepada 145 orang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat ketika paras air mula surut dan operasi menyelamat diteruskan, lapor Xinhua.
Dalam sidang media, jurucakap kerajaan Siripong Angkasakulkiat berkata kematian dilaporkan di lapan wilayah selatan, dengan Songkhla mencatat jumlah korban tertinggi sebanyak 110 orang.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir besar yang melanda wilayah selatan itu telah menjejaskan kira-kira 3.54 juta penduduk, meskipun paras air di beberapa kawasan sudah surut.
Hat Yai, bandar paling teruk terjejas, menerima taburan hujan paling lebat dalam tempoh beberapa tahun ketika monsun kuat awal minggu ini, mendorong kerajaan mengisytiharkan darurat di wilayah Songkhla bagi melancarkan usaha pemindahan dan operasi menyelamat.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial