DUNIA > BERITA

SUSPEK LETUPAN NORD STREAM DIREMAN DI JERMAN

29/11/2025 12:27 AM

KARLSRUHE (Jerman), 28 Nov (Bernama-dpa) -- Suspek dalang serangan saluran paip Nord Stream pada 2022 direman di Jerman pada Jumaat selepas di ekstradisi dari Itali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rakyat Ukraine Serhij K. yang tidak boleh dinamakan sepenuhnya kerana undang-undang privasi Jerman diarahkan penahanannya oleh seorang hakim di Mahkamah Keadilan Persekutuan di Karlsruhe, kata jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan.

Serangan ke atas projek berprestij Jerman-Rusia itu menjadi tajuk utama di seluruh dunia pada musim luruh 2022. Beberapa letupan berhampiran pulau Bornholm di Denmark di Laut Baltik merosakkan dua saluran paip sehingga gas tidak lagi dapat disalurkan.

Gas asli Rusia sebelum ini disalurkan melalui Nord Stream 1 ke Jerman. Nord Stream 2 disiapkan sejurus sebelum Rusia menyerang Ukraine, dan tidak pernah beroperasi.

Tiada sesiapa pun yang dihadapkan ke muka pengadilan setakat ini kerana serangan itu.

Serhij K., 49 tahun, ditahan pada akhir Ogos semasa bercuti bersama keluarganya di pantai Adriatik. Dia menentang ekstradisinya melalui saluran perundangan dan juga melakukan mogok lapar kerana dakwaan penganiayaan.

Minggu lalu, mahkamah agung Itali memberi lampu hijau untuk ekstradisinya. Dia diserahkan kepada pihak berkuasa Jerman pada Khamis.

Pendakwa raya Jerman melakukan pendakwaan terhadap lelaki itu kerana bersama-sama menyebabkan letupan pada saluran paip gas Laut Baltik pada 2022. Menurut pendakwa raya, dia adalah antara penyelaras operasi. Dia menafikan tuduhan tersebut.

Penyiasat berkata pasukan tujuh suspek itu turut termasuk empat penyelam.

Seorang lagi, iaitu penyelam yang didakwa terlibat sedang ditahan di Poland.  Hakim negara itu bagaimanapun menolak permintaan ekstradisi Jerman dan dia dibebaskan.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan