BEIJING, 4 Dis (Bernama-CMG) -- 150 syarikat China berjaya menempatkan diri dalam senarai 500 syarikat unikorn terbaik dunia 2025, sekali gus mendahului negara lain dari segi bilangan dan nilai perusahaan.
Statistik menunjukkan nilai keseluruhan 500 syarikat unikorn terbaik dunia mencecah 39.14 trilion yuan (RM22.79 trilion) pada 2025, meningkat 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, teknologi kewangan dan maklumat serta sektor pembuatan canggih antara yang menyaksikan kemunculan sejumlah besar syarikat unikorn unggul.
Presiden Cawangan Inovasi Unikorn Persatuan Penciptaan China (CAI), Xie Shujiang berkata kerajaan semakin memberi tumpuan kepada pembangunan syarikat pemula berstatus unikorn sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut beliau, pembangunan syarikat unikorn domestik didukung oleh pelaksanaan undang-undang mengenai galakan ekonomi swasta serta dasar berkaitan teknologi, perindustrian dan kewangan, yang turut membantu syarikat berkenaan menguasai teknologi canggih serta mengembangkan sayap di peringkat global.
Syarikat unikorn China terdiri daripada lima sektor iaitu pembuatan canggih, teknologi automobil, pengangkutan dan logistik, perkhidmatan kehidupan serta pelancongan budaya dan media mencatat jumlah yang paling banyak di dunia.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial