DUNIA > BERITA

CHINA UMUM PEMBERIAN BANTUAN US$100 JUTA KEPADA PALESTIN

05/12/2025 04:46 PM

BEIJING, 5 Dis (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping  mengumumkan pada Khamis pemberian bantuan US$100 juta kepada Palestin bagi membantu meredakan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza serta menyokong pemulihan dan pembinaan semula wilayah itu.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan China kepada Palestin.

Beliau menyifatkan langkah China itu sebagai lambang keutuhan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara serta kalangan rakyat.

Bantuan berkenaan memperlihatkan komitmen China dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, serta keprihatinan dan sokongan pemimpin China terhadap rakyat Palestin, katanya.

Abbas berkata langkah seumpama itu akan memperkukuh lagi perkongsian strategik dan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak, selain menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan rantau berkenaan.

Presiden itu menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada China yang berdiri teguh bersolidariti bersama Palestin di persada dunia.

Palestin sedia bekerjasama dengan China ke arah mewujudkan kesaksamaan dan keamanan menyeluruh berasaskan undang-undang antarabangsa, kata beliau.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan