KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama-CMG) -- Majlis pelancaran "Teater Panda" sempena musim tayangan program bertema China telah berlangsung di sini pada Sabtu, diserikan dengan kehadiran lebih 100 wakil daripada jabatan kerajaan, institusi kebudayaan dan industri kesenian dan perfileman Malaysia dan China.
Dalam majlis itu , para tetamu bersama-sama melancarkan musim tayangan program bertema China, yang merupakan siri aktiviti pertama yang merangkumi program-program sudah dialih suara dalam Bahasa Melayu yang akan disiarkan secara berterusan melalui saluran televisyen berbahasa Melayu di bawah kumpulan Astro sehingga perayaan Tahun Baharu Cina 2026.
Rancangan untuk penyiaran berkenaan melibatkan drama televisyen "Flourished Peony" dan "Romance in the Alley", dokumentari "Master Class" dan "Nostalgia in Mind" serta animasi "Mooboo Cops". Pelbagai program filem dan televisyen China yang berdurasi 100 jam lebih dijangka akan menyajikan hidangan visual dan audio kebudayaan yang menarik kepada penonton tempatan.
Untuk rekod, "Teater Panda" disiarkan secara rasmi bermula tahun 2021, berdasarkan hubungan kerjasama dengan media arus perdana tempatan di lebih 20 buah negara dan kawasan seperti Rusia, Perancis, Afrika Selatan, India dan Asia Tengah, dengan capaian penonton melebihi 130 juta orang di seberang laut.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial