DUNIA > BERITA

PUSAT IMF SHANGHAI MULA BEROPERASI

09/12/2025 04:48 PM

SHANGHAI, 9 Disember (Bernama-CMG)-- Pusat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Shanghai beroperasi secara rasmi di sini pada Isnin.

Ini merupakan sebuah pusat IMF yang baru ditubuhkan untuk urus niaganya di rantau Asia Pasifik, dengan tujuannya mempertingkat pertukaran dan kerjasama dengan entiti ekonomi di rantau terbabit.

Pusat Shanghai IMF dijangka akan menumpukan kepada penyelidikan mengenai bidang-bidang yang menjadi tumpuan ekonomi baharu dan negara-negara yang berpendapatan sederhana, sokongan pembinaan keupayaan yang bersasar kepada pelbagai entiti ekonomi di rantau ini, dan pemeliharaan kestabilan kewangan serantau.

Gabenor Bank Rakyat China (PBC) Pan Gongsheng menyatakan bahawa pengoperasian Pusat IMF Shanghai  mencerminkan pendirian teguh China dan IMF yang mengesyorkan kerjasama dan menang-menang semua.

Serentak itu, ia amat bererti bagi mengeratkan kerjasama antara China dengan IMF, menggalakkan pertukaran dan penyelarasan antara negara di rantau Asia Pasifik berhubung dasar ekonomi makro, memelihara kestabilan kewangan serantau, dan menyumbang kepada tadbir urus kawangan di peringkat global.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva menyatakan bahawa Pusat IMF di Shanghai ini akan berperanan sebagai satu hab penting dalam mendorong penyelidikan terhadap dasar berkenaan di ekonomi baharu dan negara-negara yang berpendapatan sederhana, di samping memperbanyak dialog dan pertukaran antara IMF dengan negara anggota, agensi serantau dan pihak-pihak berkepentingan.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan