PHNOM PENH, 9 Dis (Bernama-Xinhua) -- Kemboja pada Selasa memaklumkan bahawa sebanyak 514 sekolah di wilayah sempadan telah ditutup berikutan pertempuran yang berterusan di sempadan dengan Thailand, lapor Xinhua.
“Setakat 9 Dis 2025, sebanyak 514 sekolah ditutup, menjejaskan kira-kira 130,000 pelajar dan 4,650 guru,” menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan.
Wilayah yang paling terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey, menurut kenyataan itu.
Konflik sempadan Cambodia-Thailand kembali tercetus sejak petang Ahad.
Setiausaha Rendah Negara merangkap Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja Leftenan Jeneral Maly Socheata, berkata pada Selasa bahawa tujuh orang awam Kemboja terbunuh dalam konflik itu.
Menteri Penerangan Kemboja Neth Pheaktra berkata sekurang-kurangnya 16,568 keluarga Kemboja melibatkan 54,550 orang telah meninggalkan kediaman mereka berhampiran sempadan untuk berlindung di kawasan selamat.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial