NEW YORK, 10 Dis (Bernama-CMG) -- Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) anjuran China menekankan lima prinsip teras, iaitu kesamarataan dari segi kedaulatan, penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, amalan multilateralisme, berpaksikan rakyat dan tindakan yang kondusif.
Demikian dinyatakan Fu Cong, wakil China di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Selasa.
China mencadangkan penubuhan Kumpulan Rakan GGI, dengan tujuannya bersama pelbagai pihak berkepentingan meningkatkan pertukaran dan kerjasama mengenai isu-isu penting dalam bidang tadbir urus global, serta mendorong pembinaan sistem tadbir urus global ke arah yang lebih adil dan munasabah.
Fu yang juga merupakan Ketua Perwakilan Tetap China ke PBB ketika mempengerusikan satu mesyuarat tentang penubuhan Kumpulan Rakan GGI berkata, China bersedia bekerjasama dengan ahli kumpulan rakan itu terus memperbaiki mekanisme dan organisasi terbabit dan memperdalam pertukaran dan kerjasama supaya dapat menyumbang kepada pembaharuan dan penyempurnaan tadbir urus global.
Selepas mesyuarat itu berakhir, Kumpulan Rakan GGI mengeluarkan pengumuman bersama yang menekankan bahawa penubuhan kumpulan itu merupakan satu langkah penting bagi melaksanakan GGI, perlunya bersama-sama memelihara hasil kemenangan Perang Dunia Kedua, menyokong PBB memainkan peranannya, menyelaraskan tindakan mengenai isu penting dalam tadbir urus global, di samping menyambut lebih banyak negara yang mempunyai cita-cita serupa melibatkan diri dalam kumpulan itu.
Dalam temu bual dengan wartawan selepas mesyuarat itu, Fu Cong menyatakan bahawa kumpulan rakan itu adalah sebuah platform yang terbuka dan inklusif, dan beliau yakin jumlah keanggotaannya akan terus meningkat berdasarkan penglibatan lebih banyak negara seperjuangan.
China bersedia berusaha bersama dengan pelbagai negara membina komuniti berkongsi nasib sesama insan dan meneroka masa depan yang lebih cerah.
Turut hadir, perwakilan daripada hampir 40 negara yang muncul sebagai negara pengasas kumpulan rakan itu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial