BEIJING, 11 Dis (Bernama-CMG) -- Bank Dunia menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2025 sebanyak 0.4 mata peratusan. Ia terkandung dalam buletin ekonomi China edisi terkini yang dikeluarkan Bank Dunia di sini pada Khamis.
Pihak Bank Dunia menjelaskan bahawa dasar fisikal yang lebih proaktif dan dasar mata wang yang longgar sederhana dilaksanakan kerajaan China telah memberikan sokongan kepada penggunaan dan pelaburan domestik. Justeru, operasi pasaran eksport China kekal terjamin, disokong oleh peningkatan kepelbagaian saluran pengeksportan.
Pertumbuhan ekonomi China bagi tempoh beberapa tahun akan datang akan lebih bergantung pada permintaan domestik, kata Ketua Biro China Bank Dunia, Mara Warwick.
Menurut beliau, dasar fisikal yang lebih proaktif, pembaharuan struktur yang diperhalusi secara berterusan dan peningkatan kebolehjangkaan tentang suasana perniagaan di China, dilihat kondusif bagi mengukuhkan keyakinan pemain industri sekali gus menyediakan asas kepada pertumbuhan ekonomi yang akomodatif dan mampan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial