DUNIA > BERITA

MESYUARAT UNSC MENGENAI VENEZUELA DIADAKAN ISNIN

04/01/2026 02:12 PM

MOSCOW, 4 Jan (Bernama-TASS) -- Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Venezuela akan diadakan pada Isnin, lapor Agensi Berita Rusia TASS dengan memetik wakil tetap baharu negara itu ke Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, Dmitry Polyansky.

Polyansky berkata mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung pada 6 petang waktu Moscow (3 petang GMT).

“Pihak Somalia telah menjadualkan mesyuarat itu pada 10 pagi waktu New York, iaitu 6 petang waktu Moscow, pada Isnin, 5 Jan,” katanya menerusi saluran Telegram beliau.

-- BERNAMA-TASS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan