NEW YORK, 6 Jan (Bernama-Xinhua) -- Harga minyak meningkat pada Isnin apabila pasaran mempertimbangkan kesan kejutan geopolitik susulan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela berbanding kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan global, lapor Xinhua.
Minyak West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari meningkat satu dolar AS atau 1.74 peratus, untuk ditutup pada 58.32 dolar setong di di Bursa Komoditi New York. Minyak mentah Brent bagi penghantaran Mac pula meningkat 1.01 dolar atau 1.66 peratus, untuk ditutup pada 61.76 dolar setong di Bursa Niaga Hadapan ICE London.
Peserta pasaran sedang memantau rapi kesan daripada serangan AS dan penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
"Peristiwa ini telah meningkatkan risiko geopolitik," kata peniaga tenaga kanan di CIBC Private Wealth Group, Rebecca Babin, sambil menyatakan bahawa ketidaktentuan yang memuncak itu menyokong lonjakan harga pada Isnin.
--BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial