DUNIA > BERITA

ARAB SAUDI BUKA SEPENUHNYA PASARAN MODAL KEPADA PELABUR ASING

07/01/2026 12:45 PM

RIYADH, 6 Jan (Bernama-Xinhua) -- Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA) pada Selasa mengumumkan bahawa negara itu akan membuka pasaran modalnya kepada semua kategori pelabur asing bermula 1 Feb, lapor Xinhua.

Pindaan itu memansuhkan konsep Pelabur Asing Berkelayakan (QFI), sekali gus membolehkan semua kategori pelabur asing mengakses pasaran tanpa perlu memenuhi keperluan kelayakan.

Ia turut memansuhkan rangka kerja kawal selia yang mengawal perjanjian pertukaran, yang sebelum ini membolehkan pelabur asing bukan pemastautin memperoleh manfaat ekonomi sahaja daripada sekuriti tersenarai.

CMA menyatakan bahawa keputusan itu bertujuan memperluas dan mempelbagaikan asas pelabur, menyokong aliran masuk pelaburan yang lebih besar serta meningkatkan kecairan pasaran secara keseluruhan.

Pelabur antarabangsa memegang lebih 590 bilion riyal Arab Saudi (kira-kira US$157.3 bilion) dalam pasaran modal Arab Saudi menjelang akhir suku ketiga 2025, dengan kira-kira 519 bilion riyal dilaburkan dalam Pasaran Utama. Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding akhir 2024, apabila pemilikan asing berjumlah 498 bilion riyal, menurut kenyataan berkenaan.

CMA menjangkakan peraturan yang dipinda itu akan membantu menarik tambahan pelaburan antarabangsa serta terus mengukuhkan pasaran modal Arab Saudi.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan