DUNIA > BERITA

PAKISTAN SASAR MEMVAKSIN LEBIH 45 JUTA KANAK-KANAK DALAM KEMPEN ANTI-POLIO PERTAMA 2026

10/01/2026 09:09 PM

ISLAMABAD, 10 Jan (Bernama-Xinhua) -- Pakistan bakal memvaksin  lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen pembasmian polio kebangsaan pertama bagi tahun 2026, yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 8 Feb ini, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa kesihatan pada Sabtu.

Pusat operasi kecemasan negara itu memaklumkan bahawa kempen selama seminggu itu akan dijalankan di seluruh negara, dengan pasukan vaksinasi akan memberikan vaksin polio oral kepada kanak-kanak berumur bawah lima tahun.

Kempen itu akan diadakan serentak di Pakistan dan negara jiran, Afghanistan, sebagai sebahagian daripada usaha penyelarasan merentas sempadan bagi menyekat penularan virus polio, menurut pusat itu.

Lebih 400,000 petugas akan mengambil bahagian dalam program berkenaan, yang melibatkan pemberian vaksin dari rumah ke rumah serta aktiviti berkaitan di seluruh negara.

Pihak berkuasa turut menggesa ibu bapa untuk memberi kerjasama kepada pasukan vaksinasi bagi melindungi anak-anak mereka daripada kecacatan kekal akibat virus polio, selain menekankan kepentingan melengkapkan imunisasi rutin kanak-kanak bersama-sama dengan vaksinasi polio.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan