NEW DELHI, 14 Jan (Bernama) -- India pada Rabu mengarahkan lebih 10,000 rakyatnya yang berada di Iran agar meninggalkan negara itu berikutan situasi tegang yang sedang berlaku.
Kedutaan Besar India di Tehran dalam satu kenyataan menyatakan, “berikutan situasi yang semakin tegang di Iran, rakyat India yang kini berada di Iran (termasuk pelajar, jemaah ziarah, ahli perniagaan dan pelancong) dinasihatkan agar meninggalkan Iran menggunakan apa-apa kaedah pengangkutan yang tersedia, termasuk penerbangan komersial.”
Kementerian Hal Ehwal Luar India pada Rabu turut mengeluarkan nasihat perjalanan yang meminta rakyat India agar tidak melakukan perjalanan ke Iran “berikutan perkembangan semasa yang sedang berlaku.”
Iran kebelakangan ini dilanda protes antikerajaan, yang secara zahirnya berpunca daripada kesukaran ekonomi, namun pemimpin Iran menuduh rangkaian perisikan luar membekalkan senjata dan membiayai kumpulan pemberontak untuk menyasarkan infrastruktur awam serta aset kerajaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial