DUNIA > BERITA

USAHA AS BANTERAS DADAH MELALUI JALAN DARAT AKAN BERMULA - TRUMP

21/01/2026 12:00 PM

WASHINGTON, 21 Jan (Bernama-Anadolu) -- Presiden Donald Trump pada Selasa berkata bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi akan mempergiatkan usaha untuk menyekat dadah daripada memasuki negara itu melalui jalan darat.

"Kami akan melakukan perkara itu di darat. Jalan darat adalah jauh lebih mudah," kata Trump kepada pemberita dalam satu taklimat di Rumah Putih, menurut Anadolu Ajansi.

Pentadbiran Trump mempergiatkan operasi ketenteraan di Laut Caribbean dan Lautan Pasifik Timur sejak September, dengan alasan usaha menentang penyeludupan narkotik.

Trump berkata 97 peratus daripada dadah yang masuk melalui jalan air telah dihapuskan.

"Kami menghapuskan hampir 100 peratus dadah yang masuk melalui laut. Sekarang, dalam masa yang sangat singkat, kami akan mula menangani dadah yang masuk melalui jalan darat. Kami tahu dengan tepat dari mana ia datang," tambahnya.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan