DUNIA > BERITA

CHINA TEGUH SOKONG MULTILATERALISME, PERDAGANGAN BEBAS - NAIB PERDANA MENTERI

21/01/2026 02:55 PM

BEIJING, 21 Jan (Bernama-CMG) -- Naib Perdana Menteri China He Lifeng pada Selasa menyeru komuniti antarabangsa agar menyokong multilateralisme, perdagangan bebas dan komited terhadap kerjasama saling menguntungkan.

He, yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, membuat kenyataan itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026 di Davos, Switzerland.

Beliau berkata sejak Presiden China Xi Jinping berucap di forum Davos pada Januari 2017, China secara konsisten melaksanakan komitmennya selain menyokong teguh multilateralisme dan perdagangan bebas. Sejak itu, Presiden Xi telah memperkenalkan empat inisiatif global, sekali gus menyediakan pelan China kepada penyelesaian masalah yang dihadapi bersama oleh dunia. 

He menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu terus menyokong perdagangan bebas dan memajukan globalisasi ekonomi yang inklusif dan bermanfaat untuk semua.

Menurut beliau, komuniti antarabangsa juga perlu mengekalkan multilateralisme dan mendorong penambahbaikan orde perdagangan antarabangsa agar lebih adil dan munasabah.

Sementara itu, He menyatakan bahawa semua negara patut mempertahankan kerjasama saling menguntungkan dan bersama-sama menangani isu pembangunan, sambil menjunjung prinsip saling menghormati dan berunding secara sama rata, serta memanfaatkan dialog untuk mengawal perselisihan dan menyelesaikan masalah. 

He juga menekankan bahawa pembangunan China akan membawa peluang penting kepada dunia.

Sempena Sidang Kemuncak Tahunan WEF, He juga berpeluang mengadakan pertemuan dengan Presiden Switzerland, Guy Parmelin dan Timbalan Presiden Ignazio Cassis.

Beliau turut menzahirkan hasrat China untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Switzerland, serta memperkukuh kerjasama dua hala dan pelbagai hala. 

Pemimpin Switzerland pula berharap untuk mempercepat rundingan penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas dengan China, sambil menegaskan sokongan negara itu terhadap multilateralisme dan perdagangan bebas. 

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan