BEIJING, 22 Jan (Bernama-CMG) -- Kapasiti pengeluaran hijau di China bukan sahaja mempelbagaikan bekalan tenaganya, tetapi turut membuka peluang besar kepada negara-negara Selatan Global untuk mencapai kemajuan dalam peralihan rendah karbon, menurut Jurucakap Kementerian Luar China Guo Jiakun pada Rabu.
Menurut data terkini, penggunaan tenaga elektrik di China melebihi 10 trilion kilowatt-jam (kWj) pada 2025, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah tenaga bukan fosil.
Terdapat media asing melaporkan China kini muncul sebagai peneraju dalam kapasiti pengeluaran hijau.
Beliau menarik perhatian bahawa produk dan teknologi tenaga baharu China yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan mampu memenuhi keperluan mendesak negara membangun terhadap tenaga mampan dan mampu milik. Ia juga menjadi alternatif kepada tenaga fosil, sekali gus membuka laluan ke arah pembangunan hijau.
Guo berkata di Afrika, China telah menjalin kerjasama tenaga bersih dengan lebih separuh negara di benua itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ratusan projek tenaga baharu dilancarkan dan membuahkan hasil, sekali gus menjadikan kelebihan sumber di Afrika sebagai penggerak utama pertumbuhan mereka.
Menurut Guo, peralihan hijau bukan sahaja menjamin pembangunan mampan sejagat, malah memperkukuh hak dan kepentingan pembangunan semua negara.
Beliau menekankan bahawa China komited untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi membina dunia yang lebih bersih dan indah.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial