DUNIA > BERITA

WISMA PUTRA PANTAU TANAH RUNTUH DI NEW ZEALAND, SAHKAN TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT

22/01/2026 08:56 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di New Zealand pada Khamis.

Dalam satu kenyataan media, kementerian itu memaklumkan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau rapi perkembangan susulan insiden tersebut, yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Gunung Maunganui pada kira-kira 9.30 pagi (waktu tempatan).

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa New Zealand yang berkaitan dan Persatuan Malaysia Auckland berhubung insiden berkenaan.

“Kementerian mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Kementerian menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi di talian +64-4-385 2439 (talian utama) atau +64-21-044 0188 (bantuan konsular kecemasan/selepas waktu pejabat).

Selain itu, mereka juga boleh dihubungi melalui e-mel di nz.cons@kln.gov.my.

Tambah kementerian, pihaknya akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa sekiranya perlu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan