WUHAN, 23 Jan (Bernama-CMG)-- Forum Ekspo China untuk Kerjasama Antarabangsa 2026 (CEFCO2026) telah dirasmikan di sini pada Khamis.
Forum yang bertemakan "Zaman Transformasi - Bersama Membangunkan Rantaian, Mencipta Masa Depan Teknologi Pintar" itu telah menghimpunkan petugas institusi pengendali pameran, wakil sektor korporat, pakar dan sarjana dari lebih 20 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jerman, dan Britain.
Semasa berlangsungnya Forum di bandar Wuhan yang merupakan ibukota provinsi Hubei di bahagian tengah China, Majlis China bagi Mempromosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) dan empat organisasi antarabangsa dalam industri pengendalian pameran telah menandatangani "Perjanjian Memperdalam Kerjasama Antarabangsa dalam Industri Pengendalian Pameran", dan memeterai "Memorandum Persefahaman China-Singapura untuk Memperhebat Kerjasama Industri Pengendalian Pameran" dengan Lembaga Pelancongan Singapura, serta menyiarkan "Laporan Pembangunan Ekonomi Pengendalian Pameran China 2025".
Sementara itu, terdapat juga sejumlah majlis penandatanganan projek kerjasama pengendalian pameran antara wilayah yang telah diadakan dalam tempoh CEFCO2026, dengan tumpuannya diberi terhadap pertambahan dimensi dan saluran dalam kerjasama dengan pihak luar.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial