DUNIA > BERITA

PERANCIS LULUS RUU LARANG AKSES MEDIA SOSIAL BAGI INDIVIDU BAWAH 15 TAHUN

27/01/2026 11:07 AM

PARIS, 27 Jan (Bernama-Xinhua) -- Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada Isnin meluluskan rang undang-undang (RUU) yang melarang kanak-kanak dan remaja berusia bawah 15 tahun daripada menggunakan media sosial, berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap kesihatan mental.

RUU itu akan dibentangkan di Senat sebelum dikuatkuasakan sebagai undang-undang, lapor Agensi Berita Xinhua.

Langkah itu adalah sebahagian daripada trend global untuk menyekat akses media sosial bagi kanak-kanak, didorong oleh peningkatan bukti mengenai kesan buruknya terhadap kesihatan mental.

Undang-undang serupa turut diluluskan di Australia pada akhir tahun lalu. Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkannya sebagai “langkah penting” untuk melindungi kanak-kanak dan remaja di negara itu.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan