DUNIA > BERITA

ANGGOTA TENTERA CEDERA DALAM LETUPAN BOM DI YALA

08/02/2026 11:23 PM

YALA, 8 Feb (Bernama) -- Seorang anggota tentera yang bertugas menjaga keselamatan pilihan raya umum Thailand cedera selepas terlibat dalam satu insiden letupan bom di Daerah Bannang Sata, Yala pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Pusat Penerangan Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata dalam kejadian 4.35 petang, mangsa yang berusia 20-an itu yang sedang melakukan rondaan menggunakan kereta perisai berhampiran pusat mengundi.

“Ketika di tempat kejadian, satu letupan bom berlaku menyebabkan kereta perisai terbalik dan mangsa yang berada di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan