DUNIA > BERITA

ANGKA KEMATIAN SIKLON GEZANI DI MADAGASCAR MENINGKAT KEPADA 59, 15 DILAPOR HILANG

16/02/2026 11:44 PM

LUSAKA (Zambia), 16 Feb (Bernama-Anadolu) -- Madagascar terus lumpuh akibat kesan Siklon Gezani pada Isnin, dengan angka kematian meningkat kepada 59 orang manakala 15 lagi dilaporkan hilang, menurut agensi pengurusan bencana negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 804 orang, sementara 423,986 kediaman dilaporkan mengalami kerosakan.

Sekurang-kurangnya 1,428 penduduk hilang tempat tinggal akibat ribut berkenaan.

Maklumat tambahan yang dikeluarkan oleh agensi itu bagi lima wilayah merentasi 25 daerah yang terjejas menunjukkan 27,756 rumah dinaiki air, 49,129 bangunan mengalami kerosakan dan 25,044 kediaman musnah sepenuhnya.

Wilayah yang terjejas termasuk East, Analamanga, Analanjirofo, Alaotra Mangoro dan Itasy.

Daripada jumlah keseluruhan kematian, 41 mangsa dicatatkan di bandar Toamasina, lapan di Brickaville, tiga di Ambatondrazaka, manakala masing-masing dua kematian di Mahanoro dan Toamasina II. Anjorozobe, Ankazobe dan Manjakandriana pula masing-masing mencatatkan satu kematian.

Usaha bantuan, termasuk pengedaran makanan dan bekalan perubatan giat dijalankan di semua kawasan yang terjejas berikutan pengisytiharan kerajaan yang siklon itu sebagai bencana negara.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan