DUNIA > BERITA

ATLET CHINA RAIH PINGAT EMAS, BERI IMPAK BESAR KEPADA PERKEMBANGAN SUKAN SKI

19/02/2026 05:07 PM

LIVIGNO, 19 Feb (Bernama-CMG) -- Peluncur ski negara, Su Yiming telah meraih pingat emas dalam acara papan luncur salji slopestyle lelaki semalam, yang juga merupakan kejuaraan pertama yang dimenangi oleh kontinjen China dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milan.

Pada hari yang sama, wakil negara Xu Mengtao pula berjaya mempertahankan kejuaraan dalam acara aerials ski gaya bebas wanita sekali gus menjadi atlet  pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan acara itu  dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Presiden Persekutuan Ski Antarabangsa (FIS), Johan Eliasch telah hadir menyaksikan  final snowboard slopestyle lelaki. Selepas Su meraih pingat emas, beliau telah diwawancara wartawan dari Agensi Berita Xinhua.

Dalam wawancara Xinhua  itu Eliasch berkata: "Su meraih pingat emas sekali lagi merupakan satu peristiwa yang mengujakan di kalangan peluncur ski di persada dunia. China berpotensi besar dalam bidang sukan ski dan mampu menarik lebih banyak pelaburan serta perhatian sepanjang perkembangan industri berkenaan."

Menyentuh tentang FIS akan memberi hak kepada China untuk menganjurkan sejumlah kejohanan yang berprestij, Eliasch menyatakan bahawa buat masa kini, China sudah mendapat hak menganjurkan siri kejohanan ski Piala Dunia, manakala Kejohanan Dunia Ski Gaya Bebas dan Kejohanan Dunia Papan Luncur Salji juga bakal diadakan di Taman Ski Yunding di bandar Zhangjiakou, China.

"FIS akan memberi hak tuan rumah kepada China untuk mengadakan lebih banyak acara sukan pada masa hadapan", kata beliau.

Menurut Presiden FIS itu, pihaknya sedang bekerjasama dengan rakan-rakan dari China, untuk membawa lebih banyak peluang untuk  latihan serta barisan jurulatih ke China pada masa hadapan, bagi membantu negara Tembok Besar menjadi kompetitif dalam sejumlah acara yang dipercayai masih tertinggal buat masa sekarang seperti acara ski alpina dan ski rentas desa.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan