DUNIA > BERITA

TIADA RAKYAT MALAYSIA TERKESAN SUSULAN KEKACAUAN DI MEXICO – WISMA PUTRA

23/02/2026 05:05 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Luar mengesahkan pada Isnin bahawa tiada rakyat Malaysia terjejas akibat kekacauan di beberapa buah negeri di Mexico susulan operasi keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.

Kementerian itu, yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi gelombang keganasan yang berlaku di beberapa negeri termasuk Jalisco, Colima, Michoacan, Nayarit, Guanajuato, dan Tamaulipas, menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City.

“Kementerian ingin mengesahkan bahawa, setakat laporan terbaharu, tiada rakyat Malaysia yang terkesan akibat kekacauan itu.

Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melancong ke Mexico dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan perhimpunan awam, dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kementerian itu turut amat menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendaftarkan keberadaan mereka melalui E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan bantuan tepat pada masanya.

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan di talian +52 55 5282 4656 / +52 55 5282 5166, atau melalui e-mel di mwmexico@kln.gov.my / mex.receptionist@kln.gov.my.

Wisma Putra menyatakan ia akan terus memantau perkembangan di sana  dengan teliti dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan