DUNIA > BERITA

KEMENTERIAN HAL EHWAL ISLAM ARAB SAUDI ANJUR MAJLIS IFTAR DI MALAYSIA

26/02/2026 06:42 PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama-SPA) -- Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, yang diwakili oleh Atase Agama di Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, menganjurkan majlis berbuka puasa pada Rabu di Masjid Negara, di sini.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), majlis berkenaan dihadiri oleh beberapa tokoh Islam terkemuka dan kira-kira 600 tetamu.

Penganjuran itu merupakan sebahagian daripada Program Iftar Penjaga Dua Masjid Suci yang dilaksanakan oleh kementerian berkenaan di pelbagai negara sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

Para hadirin menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Kerajaan Arab Saudi dan menyifatkan inisiatif itu sebagai bukti dedikasi berterusan negara itu dalam berkhidmat untuk Islam, menyokong umat Islam di seluruh dunia serta mempromosikan nilai solidariti dan kasih sayang dalam kalangan negara Islam.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan