DUNIA > BERITA

SERANGAN TERHADAP IRAN AKAN MENGAMBIL MASA "4 MINGGU ATAU KURANG" - TRUMP

02/03/2026 10:03 AM

ISTANBUL, 2 Mac (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Ahad bahawa kempen bersama AS-Israel yang dilancarkan pada Sabtu terhadap Iran dijangka berlarutan selama kira-kira empat minggu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Ia sentiasa menjadi proses empat minggu," kata Trump kepada Daily Mail. "Walaupun ia (serangan) sangat kuat, ia adalah sebuah negara yang besar, ia akan mengambil masa empat minggu - atau kurang," tambahnya.

Kenyataan itu dibuat ketika operasi memasuki hari kedua.

Pasukan AS telah menyerang pusat kawalan Iran, tapak peluru berpandu balistik, kapal tentera laut dan sistem pertahanan udara dalam tempoh 24 jam pertama, dengan mengerahkan pesawat B-2 stealth bombers, jet pejuang, kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear dan kapal pemusnah peluru berpandu, antara aset lain, menurut CENTCOM.

Trump sebelum ini berkata 48 pemimpin Iran telah terkorban dan operasi berkenaan adalah "mendahului jadual."

Tehran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk. Tiga anggota perkhidmatan AS terkorban dan lima lagi cedera parah sejak operasi bermula.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan