DUNIA > BERITA

SERANGAN ISRAEL DI BEIRUT, KORBANKAN SEKURANG-KURANGNYA 31 ORANG, 149 LAIN CEDERA - LUBNAN

02/03/2026 04:53 PM

BEIRUT, 2 Mac (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh manakala 149 lagi cedera pada pagi Isnin akibat serangan Israel yang menyasarkan pinggir selatan Beirut dan selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kementerian Kesihatan Lubnan.

Angka tersebut adalah berdasarkan kiraan awal dan tidak muktamad, menurut kementerian itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam, memanggil mesyuarat tergempar Kabinet awal Isnin susulan serangan hebat Israel yang menyasarkan pelbagai kawasan negara itu, termasuk ibu negara, Beirut.

Salam memanggil Kabinet untuk bermesyuarat pada 8 pagi waktu tempatan (0600 GMT) di istana presiden, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Mesyuarat itu dijadualkan untuk mengkaji perkembangan sejak malam tadi dan membincangkan langkah-langkah yang akan diambil kerajaan sebagai tindak balas.

Sesi kecemasan itu berlangsung di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak selepas pelancaran roket dari selatan Lubnan ke utara Israel.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan