SINGAPURA, 2 Mac (Bernama) -- Kementerian Luar Singapura pada Ahad mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warganegara supaya menangguhkan perjalanan ke 15 negara di Timur Tengah di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu.
Negara terlibat termasuk Iran, Iraq, Mesir, Israel, Arab Saudi, Wilayah Palestin, Syria, Yaman, Lubnan, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Oman, Kuwait dan Qatar.
“Berikutan situasi keselamatan yang semakin meruncing di Timur Tengah, warganegara Singapura dinasihatkan menangguhkan semua perjalanan ke rantau tersebut,” menurut nasihat yang diterbitkan di laman web rasmi kementerian pada Ahad.
Kementerian berkata pengembara Singapura ke rantau berkenaan boleh merujuk kenyataan jurucakap kementerian yang dikeluarkan pada 28 Feb untuk maklumat lanjut.
Selain itu, kementerian turut menggalakkan rakyat Singapura yang kini berada di Timur Tengah untuk mendaftar secara eRegister dengan Kementerian Luar di https://eregister.mfa.gov.sg/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial