BEIJING, 3 Mac (Bernama-CMG) -- Kumpulan Media China (CMG) akan menyiarkan Gala Cap Goh Mei yang penuh unsur budaya tradisi kepada audiens dalam dan luar negara.
Gala tahun ini akan memaparkan suasana perayaan yang ceria dan meriah menerusi pelbagai pengisian menarik antaranya nyanyian, tarian, opera, pertunjukan silap mata dan lain-lain.
Lagi istimewa, gala itu juga diselitkan dengan pelbagai program interaktif seperti menikmati tanglung, teka-teki tanglung dan membuat bebola pulut manis tangyuan, yang merupakan tradisi sambutan Pesta Cap Goh Mei.
Empat bandar iaitu Harbin, Yiwu, Hefei dan Yibin dipilih sebagai lokasi sampingan penganjuran gala berkenaan.
Gala Cap Goh Mei 2026 akan disiarkan secara serentak menerusi saluran televisyen dan radio serta platform media baharu pada pukul 8 malam, 3 Mac.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial