JAKARTA, 6 Mac (Bernama) -- Persiapan bagi Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Jakarta pada April ini berjalan lancar, menurut Kementerian Luar Indonesia.
Jurucakapnya, Yvonne Mewengkang turut mengesahkan bahawa keanggotaan Iran dalam blok itu tidak terjejas walaupun ketegangan sedang berlaku di Timur Tengah.
Beliau berkata Indonesia, yang kini mempengerusikan D-8, terus menekankan kepentingan meredakan ketegangan serta menggesa semua pihak supaya menahan diri.
“Setakat ini, Indonesia terus melaksanakan persiapan yang diperlukan dan kekal berhubung dengan semua anggota D-8,” katanya seperti dipetik Agensi Berita ANTARA pada Jumaat.
D-8 ialah organisasi kerjasama ekonomi negara membangun yang dianggotai Indonesia, Bangladesh, Mesir, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkiye.
Azerbaijan menjadi anggota terbaharu selepas menyertai kumpulan itu pada Disember 2024.
Beliau berkata sebagai kemuncak kepada kepengerusiannya, Indonesia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak D-8 ke-12 di Jakarta pada April 2026 yang akan didahului oleh mesyuarat pegawai kanan serta mesyuarat menteri luar.
Sidang kemuncak itu akan membawa tema “Navigating Global Shifts: Strengthening Equity, Solidarity, and Cooperation for Shared Prosperity.”
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial