ISTANBUL, 9 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah melonjak melepasi US$105 setong dan sempat mencecah paras tertinggi US$108 pada Ahad selepas Mojtaba Khamenei dinamakan sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu, lapor Anadolu Ajansi.
Pelantikan itu menyusuli kematian bapa beliau dalam satu serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel baru-baru ini.
Data daripada Trading Economics menunjukkan penanda aras minyak mentah meningkat mendadak berikutan reaksi pasaran terhadap perkembangan di Iran di tengah-tengah ketegangan Asia Barat yang semakin memuncak.
Pasaran turut bimbang terhadap ketidakpastian yang menyelubungi Selat Hormuz, yang merupakan laluan transit minyak global yang kritikal.
Terdahulu pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengesahkan bahawa Mojtaba Khamenei telah dipilih sebagai Pemimpin Agung negara itu yang baharu.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial