ISTANBUL, 9 Mac (Bernama) -- Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengisytiharkan sokongan padu terhadap Mojtaba Khamenei pada Isnin selepas beliau dipilih sebagai Pemimpin Agung negara itu yang baharu oleh Majlis Pakar.
Memetik laporan Anadolu Ajansi, IRGC dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Mojtaba atas pelantikan itu bagi menggantikan bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, yang terkorban dalam serangan udara bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel di Tehran pada 28 Feb lepas.
Ali Khamenei telah menerajui Iran selama hampir empat dekad sebelum insiden berkenaan.
IRGC menegaskan badan itu menghormati keputusan Majlis Pakar dan mengikrarkan kesetiaan penuh kepada pemimpin baharu itu, selain berikrar untuk mematuhi segala arahan serta mempertahankan Republik Islam itu.
Kenyataan itu turut menyifatkan Mojtaba Khamenei sebagai ulama berkelayakan yang mampu membimbing negara menempuh cabaran politik dan serantau yang kompleks.
Selain itu, IRGC turut menggesa rakyat Iran supaya bersatu menyokong kepimpinan baharu dan mempertahankan kedaulatan negara.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial