DUNIA > BERITA

CHINA TERUS SEDIAKAN PELUANG BAHARU KEPADA SELATAN GLOBAL MELALUI PEMBANGUNAN BERKUALITI TINGGI

09/03/2026 03:46 PM

GENEVA, 9 Mac (Bernama - CMG) -- China sedaya upaya memberi sumbangan kepada pembangunan global sejak sekian lama, menerusi  kerangka Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang dikemukakannya.

China meletakkan pembiayaan kewangan untuk pembangunan sebagai satu tumpuan kerjasama, dengan  lebih US$23 bilion (RM91 bilion) telah diaktifkan sebagai dana pemaju untuk menyokong pembangunan di negara-negara Selatan Global.

Demikian dinyatakan Naib Ketua Delegasi China, Li Xiaomei ketika menjelaskan pendirian dan konsep yang diamalkan negaranya dalam satu seminar yang bertemakan pembangunan mampan serta hak ekonomi, sosial dan budaya semasa berlangsungnya sesi ke-61 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Ahad.

Li berkata, pelbagai draf resolusi yang diketengahkan China dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB menumpukan kepada hak ekonomi, sosial dan budaya serta pemeliharaan hak asasi manusia melalui pembangunan, dan dilihat sebagai penggerak baharu bagi kerjasama saling menguntungkan pelbagai pihak.

Sementara itu, China proaktif dalam berkongsi konsep dan amalan dalam bidang hak asasi manusia serta menyediakan platform baharu bagi latihan bakat dan pembinaan keupayaan negara-negara membangun.

Menurut Li, matlamat dan petunjuk utama serta tugasan strategik penting bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-15 (2026-2030) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China akan diumumkan secara berturut-turt semasa berlangsungnya sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) 2026 pada masa sekarang.

"China bersedia untuk terus menyediakan peluang baharu kepada Selatan Global melalui pembangunan berkualiti tinggi, di samping membantu negara-negara dari blok itu merealisasikan hak asasi manusia seperti hak pembangunan dan hak ekonomi, sosial serta budaya dengan lebih baik sehingga memastikan tiada negara mana-mana pun yang tercicir," kata beliau.

-- BERNAMA - CMG

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan