| BERITA TERGEMPAR | Super League: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | |
COLOMBO, 13 Mac (Bernama-Xinhua) -- Mayat 84 pelaut Iran yang dikenal pasti terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS) pada 4 Mac ke atas kapal perang IRIS Dena di luar pantai Sri Lanka telah dihantar pulang ke Iran, kata Kementerian Pertahanan Sri Lanka pada Jumaat, lapor Xinhua.
Jasad berkenaan diterbangkan ke Iran dalam pesawat khas yang berlepas pada petang Jumaat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala di Wilayah Selatan Sri Lanka.
Pada 11 Mac, Ketua Majistret Galle Sameera Dodangoda mengarahkan supaya mayat, yang disimpan dalam dua unit penyimpanan sejuk mudah alih di Hospital Nasional Galle, diserahkan kepada pegawai daripada kedutaan Iran di Sri Lanka, menurut kementerian itu.
Majistret mengarahkan pengarah hospital melepaskan jasad itu berikutan permintaan yang dikemukakan kepada Mahkamah Majistret Galle oleh Polis Pelabuhan Galle, kementerian itu memaklumkan.
Iran juga telah mengumumkan bahawa mayat pelaut yang terbunuh dalam insiden itu akan segera dibawa pulang.
Dalam kenyataan, pejabat perhubungan awam Tentera Iran berkata jasad-jasad itu akan dipindahkan ke Iran dengan usaha bersama Kementerian Luar Iran dan kerajaan Sri Lanka.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial