DUNIA > BERITA

PERTAHANAN UDARA UAE PINTAS 9 PELURU BERPANDU BALISTIK, 33 DRON

15/03/2026 12:02 AM

ABU DHABI, 14 Mac (Bernama-WAM) -- Sistem pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu memintas sembilan peluru berpandu balistik dan 33 dron yang dilancarkan dari Iran, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Sejak permulaan serangan Iran, sistem pertahanan udara UAE telah memintas 294 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu jenis cruise dan 1,600 dron.

Serangan ini mengakibatkan enam kematian membabitkan rakyat Emiriah, Pakistan, Nepal dan Bangladesh, serta 141 kecederaan ringan dan sederhana membabitkan individu daripada pelbagai kewarganegaraan.

Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa ia kekal bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang ancaman dan akan menentang sebarang percubaan untuk menjejaskan keselamatan negara, memastikan perlindungan kedaulatan, keselamatan dan kestabilan serta menjaga kepentingan dan keupayaan nasional.

-- BERNAMA-WAM

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan