DUNIA > BERITA

TURKMENISTAN, CHINA KERJASAMA LAKSANA PROJEK INFRASTRUKTUR MEGA

23/03/2026 04:14 PM

BEIJING, 23 Mac (Bernama-CMG) -- Turkmenistan dan China sedang bekerjasama melaksanakan siri projek mega yang melibatkan infrastruktur pengangkutan dan logistik, kata Pemimpin Nasional Rakyat Turkmen Gurbanguly Berdimuhamedov.

Berdimuhamedov yang juga Pengerusi Halk Maslahaty Turkmenistan berkata kerjasama itu berpotensi menghubungkan ruang geografi yang luas antara Pasifik dan Atlantik, sekali gus menyuntik momentum kuat kepada pembangunan ekonomi seluruh benua Eurasia.

"Kerjasama berkenaan akan memperkukuh kesalinghubungan antara sistem pengeluaran dan teknologi dengan rantaian perindustrian.

"Ia juga menyumbang kepada penyelesaian pelbagai isu berkaitan kehidupan rakyat dan meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia," katanya dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Ketika diminta mengulas mengenai situasi semasa dunia, Berdimuhamedov berkata situasi antarabangsa kini amat rumit, namun masih terdapat peluang bagi merungkai ketidaktentuan, menamatkan konfrontasi dan kembali kepada dialog.

"Dalam hal ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai mekanisme dan sumber yang lengkap. Perkara paling penting adalah sama ada kita berazam untuk menggunakannya dengan berkesan," kata beliau.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan