DUNIA > BERITA

CHINA SERU BINA KOMUNITI SAINS DAN TEKNOLOGI GLOBAL 

26/03/2026 03:11 PM

BEIJING, 26 Mac (Bernama-CMG) -- China akan mempercepat usaha untuk mencapai kemandirian serta pengukuhan diri dalam bidang sains dan teknologi pada peringkat yang lebih tinggi sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030).

Perkara itu dinyatakan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang ketika menyampaikan ucaptama sempena perasmian persidangan tahunan Forum Zhongguancun (ZGC) di Beijing pada Rabu.

Beliau berkata, China komited membina pusat inovasi sains dan teknologi yang bertaraf antarabangsa.

Ding turut menzahirkan kesediaan China untuk bersinergi dengan semua pihak ke arah mewujudkan komuniti sains dan teknologi global.

Beliau menyarankan supaya rangkaian inovasi yang lebih terbuka dan inklusif dibangunkan bagi mengukuhkan ikatan kerjasama antara pelbagai entiti inovasi.

Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi harus diperluas demi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara-negara di dunia, katanya.

Menurut beliau, usaha juga harus dilakukan bagi mendorong tadbir urus sains dan teknologi yang lebih adil dan inklusif serta menangani dengan baik konflik peraturan, risiko sosial dan cabaran etika yang mungkin timbul daripada perkembangan sains dan teknologi.

–BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan